Sunan Muria dilahirkan dengan nama
Raden Umar Said atau
Raden Umar Syahid. Nama kecil beliau ialah Raden Prawoto.Menurut Solichin Salam di dalam buku
Sekitar Wali Sanga terbitan
Menara Kudus,
Sunan Muria adalah putera kepada
Sunan Kalijaga hasil pernikahan beliau dengan Dewi Saroh, puteri kepada Maulana Ishak. Dari itu,
Sunan Muria adalah berpangkat anak saudara kepada
Sunan Giri kerana Maulana Ishak adalah ayahanda kepada
Sunan Giri.Setelah dewasa, Sunan Muria telah bernikah dengan Dewi Sujinah, puteri kepada Sunan Ngudung, dan telah memperolehi seorang putera yang bernama Pangeran Santri, dan yang di kemudian hari telah diberikan nama julukan Sunan Ngadilangu. Oleh itu,
Sunan Muria juga memiliki pertalian keluarga dengan
Sunan Kudus, kerana
Sunan Kudus adalah putera kepada Sunan Ngudung (Raden Usman Haji).Di dalam usaha mengembangkan ajaran Islam kepada masyarakat umum,
Sunan Muria telah turut menggunakan gamelan dan wayang kulit sebagai alat (media) untuk berdakwah. Dan telah dikatakan juga bahawa beliau adalah pencipta bagi tembang Sinom dan Kinanti.Nama
Sunan Muria sendiri diperkirakan berasal dari nama gunung (
Gunung Muria), yang terletak di sebelah utara kota
Kudus,
Jawa Tengah, tempat dia dimakamkan.